Tips Ibu Hamil

5 Jenis Rawatan Yang Perlu Dilupakan Sepanjang Kehamilan

Pada mommies dan bakal jadi mommies Farah hendak share beberapa rawatan kecantikan yang anda perlu elak semasa hamil. Bila dah bersalin nanti barulah cantikkan diri semula ye.

Bukan apa khuatir juga  jika produk yang kita gunakan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kandungan anda.

Jenis Rawatan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

 

#1  Pedicure & Manicure

Kebanyakan produk yang digunakan untuk rawatan ini mengandungi bahan kimia. Elakkannya lebih-lebih lagi pada tiga bulan pertama.

#2 Rawatan & Cucian Muka

Rawatan cucian muka biasanya melibatkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Jika sekadar mencuci biasa tanpa menggunakan produk tertentu, maka ia dibolehkan tetapi jangan membuat rawatan kecantikan di pusat kecantikan yang menggunakan peralatan dan produk yang tidak diketahui kesannya kepada bayi dalam kandungan.

SET PENCUCI MUKA KHAS UNTUK IBU HAMIL

#3 Mewarnakan Rambut

Elakkan daripada melakukan rawatan ini terutamanya di trimester pertama. Dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan memudaratkan kandungan.

#4  Krim Pemutih

Lupakan penggunaan krim pemutihan ketika hamil. Kandungan krim pemutih boleh menjejaskan kehamilan.

Ibu hamil biasa ada seri yang tersendiri.

#5  Ubat jerawat

Penggunaan ubat jerawat tertentu boleh membahayakan pertumbuhan janin. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Memang menjadi lumrah ibu hamil akan mengalami perubahan hormon yang ketara..

Seperti Farah, ketika hamil, memang wajah berjerawat malah di belakang badan juga berjerawat.. Tak lama. Hanya seketika. Usah risau.

 

Banyakkan minum air masak dan kurangkan makanan berminyak. Makan makanan yang seimbang supaya kesihatan ibu dan juga perkembangan janin selamat dan sihat.

Selamat menempuh pengalaman yang menarik sepanjang kehamilan anda.. 🙂

 

SET IBU HAMIL

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s