Umum

8 Tips Mudah Naik Kapal Terbang Bersama Si Manja

Bagi ibubapa yang pernah menaiki kapal terbang bersama bayi dan anak kecil, pasti adakalanya berlaku kejadian yang tidak dijangka dan mungkin menyebabkan penumpang lain turut terkesan.

Mungkin beberapa tips daripada ibubapa lain di bawah boleh digunakan semasa menaiki pesawat dan memudahkan anda.

Tips Naik Kapal Terbang Bersama Si Manja

1- PAKAIAN YANG SELESA

Sekiranya bayi anda menyusu badan, pastikan pakaian ibu sesuai untuk penyusuan semasa dalam keadaan duduk. Jangan lupa nursing cover atau sehelai kain untuk lebih perlindungan.

Pakaian bayi pastikan cukup selesa untuk dia tenang di sepanjang perjalanan – baju panjang yang tidak panas, topi atau penutup kepala agar tidak sejuk.

2- BABY CARRIER/STROLLER

Baby carrier/stroller memudahkan pergerakan ibu/bapa terutama apabila travel bersama anak yang lain, ataupun bersama beg-beg. Jenis baby carrier dan stroller bergantung kepada pilihan masing-masing, yang penting selesa dan memudahkan.

Sekiranya menggunakan stroller, rujuk kepada kru samada anda boleh membawanya hingga ke pintu pesawat atau perlu meninggalkan di dalam bangunan sebelum di-pickup oleh kru penerbangan.

3- BEG KEPERLUAN BAYI

Atau diaper bag ni memang sangat2 penting. Jangan  termasuk dalam luggage pula. Pastikan beg ini lengkap dengan keperluan bayi dan sentiasa ada bersama untuk saat tidak diduga.

4- BARANGAN KEPERLUAN BAYI

Lampin spare untuk salin, lapik tukar lampin, wet wipes (memandangkan agar sukar untuk cebok dengam sempurna di dalam kapal terbang & untuk kegunaan mengelap muka serta anggota badan), baju persalinan, selimut kecil, lain lampin, minyak kegunaan bayi, dan sebagainya yang dirasakan penting.

5- ELAKKAN DARI BUNYI BISING

Sekiranya anda menaiki pesawat yang tidak menggunakan kemudahan aerobridge contohnya pesawat ATR seperti Firefly dan Malindo, pastikan bayi tidak terganggu dengan bunyi bising. Tutup telinga bayi dengan medium yang lembut dan selesa.

6- ELAKKAN TEKANAN DALAM TELINGA

Susukan bayi sewaktu take-off dan landing untuk menstabilkan tekanan di dalam telinganya.

Bila kapal terbang mula naik/turun, akan berlaku perubahan tekan udara. Bila tekanan udara di dalam telinga & luar tak sama, telinga akan rasa sakit. Aktiviti menelan boleh menstabilkan tekanan udara dlm telinga supaya sama dgn tekanan udara kat luar.

Paling mudah untuk baby ialah dengan memberi dia menyusu. Kalau dewasa boleh telan air liur, isap gula-gula, menguap, supaya tekanan stabil.

7- BAYI MENANGIS

Sekiranya bayi menangis, jangan panik dan jangan rasa serba salah. Sebaliknya tenangkan bayi agar dia berasa selesa. Sekiranya perlu bangun dan berjalan-jalan, lakukannya. Minta bantuan kru kabin sekiranya memerlukan sesuatu atau menghadapi kesulitan.

8- BERSEDIA BERDEKATAN PINTU MASUK

Kebanyakan syarikat penerbangan menjemput keluarga bersama bayi dan kanak-kanak untuk masuk ke pesawat terlebih dahulu. Bersedialah di kerusi berhampiran pintu masuk (gate) supaya memudahkan proses boarding.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s