Tips Ibu Hamil

Persedian Ibu Menyusu Di Bulan Puasa. 7 Tips Yang Boleh Ibu-Ibu Amalkan

Ramadhan bukanlah penghalang kepada para ibu sekalian untuk menunaikan tanggungjawab menyusukan anak masing-masing. Tetapi Islam sendiri tidak melarang kaum wanita yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa jika dikhuatiri apabila berpuasa akan memudaratkan diri sendiri.

Sebolehnya, ramai ibu di luar sana tetap ingin meneruskan puasa dan pada masa yang sama ingin kekal bertenaga untuk menyusukan anak masing-masing. Mampukah kita? Percayalah, kita mampu sebenarnya.

Tips Penyusuan Ketika Berpuasa

  1. Minum AIR SUAM secukupnya ketika bersahur dan berbuka.
  2. Patuhi jadual MENGEPAM, walaupun anda tidak bekerja, anda tetap perlu memperuntukkan masa untuk mengepam.
  3. Makan makanan TINGGI SERAT seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  4. KURMA dijadikan sebagai snek, banyakkan makan kurma ketika sahur dan di waktu malam.
  5. Lakukan “POWER PUMPING” seminggu sekali, iaitu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu – pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
  6. TAWAKAL kepada Allah dan fikir POSITIF!! Yakin pada diri yang kita boleh lakukan.
  7. Jaga kesihatan badan, bekalkan dengan nutrisi secukupkan, amalkan supplement yang dapat membantu dalam penghasilan susu badan.

Cara Minum Air Ketika Berpuasa

Bagi memastikan keperluan air dalam badan kita cukup, ikuti langkah dibawah untuk cukupka keperluan air dalam badan kita.

  • Segelas ketika bangun pagi untuk siapkan sahur
  • Segelas sebelum bersahur, dan 2 gelas selepas bersahur atau selepas makan supplement
  • Segelas sebelum habis waktu sahur/imsak
  • Segelas ketika berbuka puasa
  • 2 gelas selepas berbuka puasa atau selepas makan supplement
  • Segelas sebelum tarawikh, dan segelas selepas tarawikh
  • 2 gelas sebelum tidur


 

 

1 gelas bersamaan dengan 250mL air, so berapa jumlah air yang dapat kita minum? 12 gelas air, iaitu 3L air kan? Wah…senang je rupanya. Tak lah risau kekurangan air ketika berpuasa ye.

 

 

 

Selamat Mencuba..

 

VITAMIN IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s